MENGGUNAKAN KAEDAH “FLOPI-MIND MAP” UNTUK
MENINGKATKAN
KEMAHIRAN MURID MENGGABUNGKAN RANTAI-RANTAI
MAKANAN BAGI MEMBINA SIRATAN
MAKANAN
Desmith Daweh anak Leo
Zaliha binti Musa
Yahya
Sedik
Abstrak
Penyelidikan
tindakan ini dijalankan untuk membantu murid Tahun 5 meningkatkan kemahiran
mereka menggabungkan rantai makanan bagi membina siratan makanan menggunakan
kaedah “FloPi-Mind Map”. Kumpulan
sasaran saya terdiri daripada lima orang murid Tahun 5 yang dipilih selepas
tinjauan masalah melalui lembaran kerja, nota lapangan dan temu bual yang telah
dilakukan secara terperinci. Strategi “FloPi-Mind Map” merupakan kaedah yang
menggunakan aliran peta minda bergambar. Data dikumpulkan melalui Ujian Pra dan
Pos, nota lapangan, dan temu bual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan
markah yang ketara dalam Ujian Pos berbanding Ujia Pra dan murid-murid telah
mahir menggabungkan rantai makanan untuk membina siratan makanan. Kesemua empat
orang murid mendapat markah 100% selepas strategi dilaksanakan kecuali Alvis. Keputusan dari Ujian Pos telah disokong oleh nota
lapangan dan temu bual yang mana mereka dapat menjawab pertanyaan dengan betul
di samping menyatakan bahawa mereka sangat suka akan strategi “FloPi-Mind Map”.
Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa kaedah “FloPi-Mind Map” telah dapat membantu
murid – murid dalam menggabungkan rantai makanan bagi membina siratan
makanan.
HAK CIPTA TERPELIHARA