Pengikut

Isnin, 1 Oktober 2012

ABSTRAK AR AKU


MENGGUNAKAN KAEDAH “FLOPI-MIND MAP” UNTUK MENINGKATKAN
KEMAHIRAN MURID MENGGABUNGKAN RANTAI-RANTAI
MAKANAN BAGI MEMBINA SIRATAN MAKANAN 

                            Desmith Daweh anak Leo                                                   Zaliha binti Musa
                         des_uchiha89@yahoo.com                                               zytemys@yahoo.com

                                     Yahya Sedik
                           Yahyasedik@yahoo.com

Abstrak

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk membantu murid Tahun 5 meningkatkan kemahiran mereka menggabungkan rantai makanan bagi membina siratan makanan menggunakan kaedah “FloPi-Mind Map”.  Kumpulan sasaran saya terdiri daripada lima orang murid Tahun 5 yang dipilih selepas tinjauan masalah melalui lembaran kerja, nota lapangan dan temu bual yang telah dilakukan secara terperinci. Strategi “FloPi-Mind Map” merupakan kaedah yang menggunakan aliran peta minda bergambar. Data dikumpulkan melalui Ujian Pra dan Pos, nota lapangan, dan temu bual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan markah yang ketara dalam Ujian Pos berbanding Ujia Pra dan murid-murid telah mahir menggabungkan rantai makanan untuk membina siratan makanan. Kesemua empat orang murid mendapat markah 100% selepas strategi dilaksanakan kecuali Alvis.  Keputusan dari Ujian Pos telah disokong oleh nota lapangan dan temu bual yang mana mereka dapat menjawab pertanyaan dengan betul di samping menyatakan bahawa mereka sangat suka akan strategi “FloPi-Mind Map”. Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa kaedah “FloPi-Mind Map” telah dapat membantu murid – murid dalam menggabungkan rantai makanan bagi membina siratan makanan.  

HAK CIPTA TERPELIHARA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan